Monday 26 September 2011

Ustazah Pilihan & Solehah, pelengkap Imam Muda?


Jalan dakwah : laluan yang menghimpunkan manusia-manusia yang jiwanya cekal untuk tetap teguh untuk bersama jalan ini sehingga ke akhirnya. Cita-cita dan idaman mereka hanya : Redha Allah SWT dan Syurga-Nya.

Lafaz Bismillah pembuka coretan maya ini. Semoga ada manfaatnya.

1. Kelahiran rancangan TV yang islamik adalah suatu usaha murni yang sangat-sangat dihajati saat ini. Saat, dunia hiburan serta alam penyiaran media yang lebih menjurus kepada aspek-aspek hiburan yang lebih melalaikan,menjauhkan diri kepada hakikat ubudiyyah dan ia hanya sebuah bentuk komestik hiburan yang kosong.
Imam Muda. Terbitan Astro Oasis

2. Setahun dua ini, munculnya rancangan televisyen berbentuk program realiti yang berusaha menonjolkan ruh Islamik dan lebih bercorak keagamaan. Alhamdulillah, ia suatu kerja yang baik. Terkini, kemunculan rancangan TV di Astro :- Ustazah Pilihan dan di TV Hijrah :- Solehah. Kedua-dua rancangan ini lebih berobjektifkan kepada pencarian tokoh pendakwah di kalangan wanita muslimah dan keperibadian contoh kepada generasi muda hari ini.

Ustazah Pilihan. Terbitan Astro Oasis.

3. Ada mengatakan, ia adalah alternatif kepada rancangan-rancangan TV yang bertunjang kepada dunia kesenian dan hiburan yang mencari bakat-bakat baru di kalangan remaja hari ini. Dunia yang mengagungkan dunia hiburan telah menjangkau melebih apa yang ada sekarang. Katanya, Ia adalah alternatif kepada Akademik Fantasi, alternatif kepada Mentor mentee, Sehati berdansa, Maharaja Lawak dan sebagainya. Suatu alternatif yang baik dalam menengahkan unsur-unsur yang lebih positif, berakhlak dan membina jiwa yang soleh.

Solehah. Terbitan TV al-Hijrah

4. Tahun lepas, bermulannya rancangan Imam Muda yang sasarannya ialah kaum adam. Tahun ini, sasarannya lebih memfokuskan kaum hawa. Seolah-olah, kehadiran Ustazah Pilihan dan Solehah adalah pelengkap kepada Imam Muda. Mungkin. Sebelumnya, wujudnya rancangan seperti Akademi Al-Quran dan Akademi Nasyid. Hasilnya, wujudnya suatu fenomena baru kepada masyarakat dan para peserta rancangan ini secara tidak langsung akan menjadi ikon, selebriti dan public figure. Secara tidak semena – bayangan kepopularan, keglamouran dan menjadi terkenal akan menghiasi perjalanan para peserta selepas selesai siri rancangan ini.

5. Namun, timbul pelbagai tanda tanya, persoalan dan isu terhadap rancangan kewanitaan yang terbaru ini. Maudhunya ialah wanita. Keperibadian yang sangat sensitif untuk disentuh dan dibicarakan. Sejauh mana hal ini memampukan sesuatu yang menjadi objektif perlaksanaan rancangan dan program ini, akan mencapai matlamatnya? Bolehkah rancangan sedemikian dilaksanakan? Adakah ia menepati syara serta syariat Islam? Objektif program inilah ialah dakwah dan melahirkan tokoh dakwah di kalangan muslimah. Itulah yang dinyatakan.

Justeru, kaedah dan jalan-jalan perlaksanaannya jua harus menepati kaedah dakwah Rasulullah SAW. Dasar, polisi, objektif, kaedah, perlaksanaan dan ruhnya :- Harus bertunjangkan dakwah ini. Itulah yang terbaik!

6. Dakwah, ia adalah seruan kepada Allah SWT. Dakwah, ianya membawa manusia kepada sebuah perubahan yang menyeluruh, total dan syumul. Dan, kerja-kerjanya adalah suatu amanah yang mulia, terpuji dan dipandang tinggi. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: "Sesungguhnya Aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"

(Fussilat: 33)

Dakwah, ia berakar tunjangkan kepada suruhan Allah SWT dan jalannya telah dirintis oleh baginda Rasulullah SAW. Jalan dakwah :- warna warnanya adalah warna-warna darah, warna kelelahan dan warna keperitan serta kesusahan. Batu bata binaan dakwah, adalah batu bata yang harus dikukuhkan melalui asas-asas yang benar-benar berakar umbi menjunam ke dasar binaan pembentukan ummah Islamiyah sehingga lahirnya keperibadian-keperibadian manusia yang benar-benar mantap keimanan dan tinggi penghayatan keIslamannya.

7. Muhammad Ahmad Ar-Rasyid dalam Kitabnya yang menggugah syuur seluruh Dai’ Haraki iaitu Al-Muntalaq telah memberi ungkapan yang jelas tentang hakikat tugasan dakwah :

“ Demi Allah, sesungguhnya dakwah ini adalah tugas lelaki sejati. Ia menghimpunkan lelaki yang gagah perkasa di dalam barisan mereka. Orang-orang yang takut menghadapi rintangan, gangguan dan pertarungan, maka kumpulan tersebut terdiri dari angkatan lelaki yang berjiwa kecil, kerdil dan mementingkan diri sendiri.”

8. Teringat satu kata-kata seorang Salafussoleh yang disebut semula Oleh Ibnu Al-Qayyim dalam Kitabnya, Miftah Dar al-Sa’adah. Katanya :

“ Alangkah hebatnya agama ini sekiranya mempunyai rijal yang berjiwa besar.”

Rijal merujuk kepada pemuda dan pemudi. Lelaki dan perempuan. Kita berhajatkan kepada pemuda pemudi yang memiliki keperibadian yang tinggi, kemahuan yang besar dan ruh yang bersih.

Justeru, mereka-mereka ini harus diproses, dididik, diasuh, disemai dan dibina. Dan, tiada jalan yang lebih selamat, terbukti keberhasilannya dan berkesan : iaitu jalan tarbiyah dan dakwah. Jalan yang diasaskan, dilaksanakan dan diperjuangkan oleh Rasulullah SAW. Justeru para pendakwah harus melalui jalan-jalan yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Itulah keaslian dakwah yang hakiki.

9Sheikh Bahiy Khouly dalam tintanya Tazkirah Duat menyatakan :“Pendakwah adalah seorang yang menyakini kepada fikrah, gagasan atau idealismanya. Ia berdakwah atau menyeru manusia kepada fikrah secara tulisan, ceramah atau perbualan biasa, kerja keras, secara peribadi dan umum, dan segala perkara yang boleh digunakan yang berupa alat-alat penyebaran maklumat. Oleh sebab itu, pendakwah boleh menjadi penulis, penceramah, penyampai dan menjadi teladan yang mempengaruhi orang melalui perbuatannya”.

10. Beliau menambah lagi : “Pendakwah juga seorang ‘doktor masyarakat’ yang merawat penyakit di dalam jiwa, dan memperbaiki keadaan masyarakat yang rosak. Oleh itu, pendakwah adalah pengkritik yang celik, hidupnya digunakan untuk melakukan perubahan dan pembaikan ke arah yang Allah SWT kehendaki.”

11. Inilah para pendakwah yang dikehendaki oleh ummah ini. Susur galur perjalanan dan perjuangan para pendakwah, dai dan juga sheikh-sheikh murabbi ialah : - melalui suatu “proses” didikan yang panjang untuk mengajak ummah ini kembali kepada Allah SWT. Akhirnya, sekiranya keaslian jalan ini terpelihara :- InsyaAllah suatu perubahan yang menyeluruh dalam mencorakan kehidupan ummah ini.

12. Ummat perlu dan hajatkan kepada pendakwah dan dai yang benar-benar mampu merawat ketenatan ummat yang parah, rosak dan “tercekik” di dalam kepekatan arus jahiliyah. Apa jua bentuk program, institusi-institusi, wadah-wadah atau aktiviti-aktiviti dan rancangan-rancangan yang ada harus mengikuti trend yang dipelopori oleh Rasulullah SAW. Kerana apa? Kerana natijah, keberhasilan dan outputnya telah terbukti “menjadi” dengan keizinan dan kehendak Allah SWT.

Jika "trend" ini dipandang sepi dan tidak ditunjangi – bimbang, risau dan resah andainya segala usaha hanya kerja-kerja yang sia-sia, tiada nilai dan tidak dipandang oleh Allah SWT.Nauzubillah.

13. Ada yang lebih penting ialah :- ia adalah jalan-jalan yang mendekatkan jiwa kita kepada-Nya. Semakin lama berada dalam jalan ini, terasa akan kerendahan dan kekerdilan di hadapan Allah SWT. Semakin hari, keyakinan dan kepercayaan kepada janji-janji Allah SWT semakin bertambah dan menebal. Bahkan – benar-benar menyakini bahawa melalui jalan inilah Allah SWT meredhai kita sebagai hamba-Nya. Inilah laluan yang harus diperhalusi, dicermati dan diteliti oleh ummat manusia dalam mengajak manusia kepada Allah SWT.

14. Semoga apa jua usaha, gerak kerja, perancangan, perlaksanaan dan penilaian kerja-kerja dakwah melihat secara mendalam serta terperinci akan fiqh dakwah yang diperjuangkan oleh baginda Rasulullah SAW. Mungkin, jalannya tidak popular dan glamour seperti yang kita sangkaan. Namun inilah dia, jalan dakwah.

15. Pesanan Murabbiku :

“ Mehnah-mehnah di sepanjang jalan dakwah adalah dapur pembakar yang akan membakar semangat. Melebur kelemahan jiwa untuk memudahkan proses membentuk keperibadian yang benar dan tahan diuji sebagai persiapan untuk memikul tanggungjawab yang berat dan besar. Jika kau hajati syurga Allah marilah bersamaku menyinsing lengan merintis onak dan duri serta menongkah arus masyarakat.”

Sekian. Tinta berakhir sepenuhnya dipenghujung ini.
" Yang benar itu, adalah daripada Allah SWT."

Credit to:-
BroHamzah
26 September 2011
Kota Bharu, Kelantan.

Wednesday 21 September 2011

IKHLAS


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

Maksudnya: "sesungguhnya Allah tidak memandang rupa parasmu, harta dan kekayaanmu tetapi Allah memandang kepada hati kamu dan Amalan kamu"
Dalam kalamullah telah pun dinyatakan berulang kali tentang keikhlasan.
Sebagaimana yang telah dinyatakan dalam surah Az-Zumar ayat 11:
"Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama"
IKHLAS... Apakah keistimewaannya sehinggakan begitu tinggi darjat orang yang memilikinya? Betapa sukarnya memperolehi hati yang ikhlas. perkataan ikhlas selalunya sering diungkapkan ketika seseorang memberi sesuatu. ungkapan yang menjadi kebiasaan yang menerjah rongga pendengaran kita"saya ikhlas.benar-benar ikhlas dari hati saya memberikan barang ini kepada awak"..
Tanpa kita sedari maksud ikhlas itu merentasi atmosfera pemikiran alam, melangkaui batas-batas pemikiran makhluk-makhluknya. Namun, sejauh mana tahap keikhlasan kita? apakah sesuatu yang kita lakukan itu pada awalnya niat yang ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah akhirnya kaku menyembah tuntutan syaitan? bermegah-megahan dan juga menunjuk-nunjuk seumpamanya.
Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah S.A.W, wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Anda tentang seseorang yang keluar(dari rumahnya) untuk berjihad di jalan Allah, dia ingin mencari pahala dan populariti sebagai seorang yang berani, apa yang ia perolehi? Nabi menjawab: tidak ada apa-apa. walaupun ditanya beberapa kali, jawapan Rasulullah tetap juga sama. Kemudian Nabi bersabda,
"Sesungguhnya Allah tidak menerima segala amal yang dikerjakan kecuali dengan ikhlas dan untuk mencari keredhaan Allah" (HR An-Nasa'i)
Allah. Allah.Allah
Sahabat-sahabatku sekalian
Ayuh kita refleksi kembali dimanakah tahap keihlasan kita pada saat ini? adakah setinggi lapisan Eksosfera atau sedalam lapisan inner core in the earth?
Tepuk dada tanya iman
Tiada siapa yang tahu sekepuk mana iman kita atau setipis mana ketaqwaan kita KECUALI diri kita....
"salam ukhuwah sekencang dakwah"

Wednesday 7 September 2011

teori+praktikal

perpustakaan negara malaysia
tahun tahun sudah
1..2..3..4..5..orang kesemuanya

jalan2 cari makan satu kemestian jika berada di PNM.tak lain tak bukan fokusnya di kantin yang sedia bertapak di tingkat bawah.macam biasa, beratur untuk dapatkan makanan, beli makanan sebenarnya.dalam 'khusyuk' beratur, tiba2 seorang lelaki yang juga beratur di belakang menegur..

" hah..macamni la yang kita nak..perempuan pakai pakaian yang menutup aurat..labuh..sopan.."

reaksi?tipu kalau tak ada sedikit perasaan bangga.
reaksi?tetap malu sebab suara lelaki ni kuat.
reaksi?seram sejuk sebab yang berkata itu adalah lelaki.

selesai beratur ambil makanan, mula cari tempat yang sesuai untuk makan.dapat.terus makan.sambil makan, seperti biasa, berbual2.dalam 'kelazatan' berbual2, tiba2 terdengar satu suara yang tak jauh dari tempat kami makan.suara kemarahan mungkin.suara rungutan mungkin.yang pasti suara tu lagaknya macam tak puas hati.pelik.kami abaikan.makan tetap makan.rezeki ada depan mata.

5 minit kemudian, suara yang sama kedengaran.kami toleh kiri kanan.tak jumpa siapa empunya suara.suara tu makin lama makin kuat kedengaran.benar2 menguji inkuiri diri.tengok orang sekeliling.semua buat2 tak tahu.kami teruskan agenda kami.tak lama kemudian,suara tu kembali kedengaran.kami cepat2 toleh.nahhh,tu dia!orang lelaki yang memuji2 tentang etika pemakaian muslimah tadi sedang duduk makan.tiada siapa2 di sisinya.hanya dia seorang.rungutannya tadi ditujukan pada lelaki dan perempuan yang sedang duduk makan berdua2an di depan mejanya.kami pelik.hairan.orang tak kacau dia.kenapa dia kacau orang?rungutannya tadi yang jelas satu dewan boleh dengar.kami pandang.bukan kami je yang pandang.orang lain pon turut pandang.tiba2..

" weh, asal korang pandang aku?harapkan pakai je tudung labuh.tapi teruk.kalau ada teori je tak guna.praktikal mana?! "

sudahh!kami pulak yang dijadikan target.terus kami pandang tempat lain.tak berani nak pandang lelaki tadi.makan dengan laju.dan terus laju.lelaki tadi meneruskan bebelannya lagi.yang pasti bebelannya difokuskan kepada kami pulak.pasangan yang kena marah tadi mungkin berterima kasih kepada kami dalam diam kerana disebabkan 'umpan' kami,mereka tidak lagi dijadikan bahan rungutan oleh lelaki tersebut.

" weh korang dengar tak?!teori je tak guna!mana praktikalnya??!! "

haishh..asal la lelaki ni.tak betul apa.tiba2 je.padahal kami sekadar pandang kelakuan anehnya tadi.dan terus kami dimarahi?orang lain yang turut memandang?'rezeki' kami agaknya.kami buat2 tak tahu.kalau dibalas,kang tak pasal2 pinggan mangkuk cawan semua berterbangan.kami bersabar.mungkin salah kami kerana memandang lelaki tersebut.padahal dalam quran ada menyebut:

" وقل للمؤمنت يغضضن من أبصرهن .... "

Allah dah bagi amaran tapi kami terleka dek kerana satu kejadian.lantas, memang layak untuk kami dimarahi.tapi bukan begitu caranya.jika diimbas kembali, bukan sengaja kami melihatnya.tetapi kelakuan anehnya memaksa kami untuk memandangnya.

kami diam.pasrah.tapi kami tetap malu.malu kerana seisi dewan turut memandang kami.bagi yang tak tahu jalan ceritanya dari awal mungkin menyangka kami yang bersalah.padahal..hanya Allah yang tahu.rupa2nya bukan kami saja yang dimarahinya.mak cik kantin pon kena sama.sah!lelaki tersebut tak betul saraf2 otaknya.dan ini akui oleh pakar2 yang mengenalinya.terkejut kami.lagaknya seperti orang yang berpangkat.yang ada kerja.berduit senang cerita.walaupon telah dikhabarkan lelaki tersebut tak betul, tak siuman, malu tetap malu.lelaki tersebut tak henti2 memarahi kami.suaranya yang jelas sangat kuat.

kami cepat2 makan.nak keluar dari dewan tersebut.tiba2 lelaki tersebut bangun.dan datang menghampiri kami.kami diam.kaku sebentar.dalam fikiran,kang tak pasal2 kami ditengking.parahh!bertambah2 malu kami.memang betul sangkaan kami.lelaki tersebut datang kemudian berhenti depan meja makan kami.kami tunduk.takut?

" dengar tak?tak guna kalau ada teori je.mana praktikalnya??! "

kemudian lelaki tersebut pergi.nak tambah nasi agaknya.kami mempercepatkan langkah.segera mahu keluar dari dewan makan.takut2 makin menjadi2 fi'il lelaki tersebut.

mungkin ramai yang tertanya2.apa teori, apa praktikal yang lelaki tersebut maksudkan.

teori tersebut ialah pemakaian kami.ya, secara teorinya kami mengikut segala apa yang alquran telah gariskan.tudung labuh.baju longgar.tak sempit.tak ketat.stokin pon pakai.lulus!kami berjaya bahagian tersebut.

praktikal pulak?ciri2 muslimah sejati.menundukkan pandangan, itu fokus lelaki tersebut.walaupun bagi kami, pandangan tersebut bukanlah disengajakan.realitinya, siapalah yang tak pandang benda2 pelik yang berlaku di sekelilingnya.mesti pandang punya.dan kami tak terlepas daripada semua tu.hanya kerana praktikal kami yang tidak berjaya, kami dijadikan fokus utama lelaki tersebut.ya, praktikal yang tidak berjaya.sepatutnya seorang wanita yang bertudung labuh, berbaju longgar patut menundukkan pandangan.itulah praktikalnya.

sesiapa yang mengamalkan nilai2 islam memang dipandang tinggi oleh orang2 sekelilingnya.tapi pandangan tersebut akan jatuh hanya jika kita melakukan kesalahan yang kecil.walaupun satu.sampai begitu sekali?masyarakat di luar sana secara zahirnya menganggap kita asing.asing kerana di zaman moden yang serba canggih ni kenapa masih ada yang mengikut ajaran suci ni secara menyeluruh.bagi mereka, ianya sesuatu yang menghairankan.tapi dalam diam, tersemat satu perasaan kagum dalam diri mereka.lantas mereka menjadikan kita sebagai contoh ikutan.ikutan masa kini.manalah tau.tapi perasaan kagum tersebut akan jatuh jika 'ikutan' mereka ni melakukan hanya satu kesalahan kecil.bagi mereka, ianya satu kesalahan yang besar bagi orang yang punya agama seperti kita dalam diri.maka terfitnahlah islam kerana umatnya.terfitnah islam kerana kita, orang2 yang mengamalkan ajaran suci ni lantaran tidak menjaga kesucian agamanya.(tidak menjaga pandangan, fokus kali ini)

muslim yang sejati itu sepatutnya melaksanakan perintah tuhannya secara menyeluruh.bukannya mencedok mana2 perintah tuhan yang dianggap sesuai bagi dirinya.jika tak sesuai bagi dirinya, ditolak mentah2.atau berfikir panjang dulu sebelum melaksanakannya.jika itulah lagaknya umat islam, bilakah islam akan menyinar?

" ثم ان ربك للذين عملواالسوء بجهلة ثم تابوا من بعد ذلك وأصلحوا ان ربك من بعد ها لغفور رحيم "

irhamna ya Rabb!

peringatan buat diriku yang amat2 lupa akan perintah tuhannya~
jutaan terima kasih kepada lelaki tersebut yang menyedarkan ana(kami)melalui wasilah yang agak menyakitkan dan memalukan.

satu lagi tarbiyah daripada Allah, buat hambaNYA yang seringkali lupa dan leka akan peringatanNYA

mungkin bagi sesetengah orang, teori dan praktikal yang cuba lelaki tersebut sampaikan adalah berbeza dengan apa yang kami telah fahami.ada yang berpendapat teori dan praktikal itu berkaitan dengan pasangan yang sedang duduk berdua2an tidak jauh daripada meja lelaki tersebut.mungkin ya, mungkin jugak tak.mata kita semua berbeza, pandangan kita tak pernah sama.tak kesahlah ianya berkaitan dengan apa sahaja, yang penting 'ibroh daripada cerita yang cuba ana sampaikan kali ni dapat diambil dan dijadikan iktibar bagi kita semua, lagi2 yang bergelar muslim sepenuh masa.

p/s: perkongsian dr admin :D

SELOKA ASASI

~Ukhti Hidayah~

~Ukhti Zafirah~


(Assalamualaikum..
Waalaikumsalam..
Ukhti Zafirah apa khabar?
Khabar baik, Alhamdulillah..
Mari kita berseloka.)

Salam ukhuwah pembuka suasana
Seloka dipersembah bertambah ceria
Buat hiburan kita bersama
Kalau terkena maaf jangan terasa

(Dengarkan ya ukht)
Pusat asasi nama diberi (aiwah)
Pelajar cemerlang impian dicari
Pensyarah gemilang berpusat disini
Harapan kejayaan dapat dijulangi (insyaallah)

Gayanya segak digilai ramai
Bakat terserlah menambat hati (aiwah)
Melihat wajahnya terasa damai
Kepimpinan tersohor pilihan kami (Alhamdulillah)

(Dengarkan ini pula ukhti
Tafaddahali..)
Program ilmiah selalu diberi
Kerusi banyak tapi penonton lari (masyallah)
Sukan dipadang semua hadiri
Itulah tabiat pelajar asasi (ya Rabbi)

(Teruskan ya ukht)
Bicara bermula dengan santunnya
Nampak tenang tapi mesra (siapa dia?)
Bukan pelajaran agama sahaja diconquernya
Student akademi islam boleh-boleh belaka
(insyallah, boleh buat menantu ni)

(Dengarkan ini pula)
Budak management memang happening
Orang lain dah bagi warning (masyallah)
Yang lalu lalang menjeling-jeling
Maklumlah memang bising (oh, semput)

(sahabat2 dengar sini zafirah ingin bicara)
Penggodam internet itulah mereka
Bila program mereka berjaga (ye ke?)
Orang study buku, computer depa buka
Bab-bab computer, budak it expert belaka
(wah hebatlah ni)

(haa, dengar ini pula)
Nak jadi wartawan impian mereka (insyallah)
Disangka bengis rupanya ceria
Budak komunikasi penggembur cerita (aiwah)
Kalau tiada confirm tak ceria

(hmm, apa lagi kita belum sebut ye?
Dengar pula yang ini ukhti)
Diam-diam ubi berisi
Jalan sebelah langsung tak bunyi
Pelajar arab memang begini (padanlah)
Result exam gempak sekali (subhanallah)

(nampaknya masa terus mencemburui kita
Jikalau begitu kita tutup dengan pemanis kata)
Demikian sudah seloka kami
Kepada yang terkena jangan ambil hati
Ampun dan maaf kami sudahi
Dari hujung rambut hingga hujung kaki

….
Malam Mega Alumni Asasi
9.40pm, 29 Julai 2011
Pusat Konvensyen Kuis

Friday 2 September 2011

::Palestin Itu Jauh Dari Kita::


Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan

Pada kita derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara Siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
bomyang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tangisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia

tangisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
pada kekayaan melimpah ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

rindu mereka pada wangian syurga tertinggi..
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta..

Siapakah kita berbanding mereka??